My academic advisor❤️
Nama diberi Dr.athirah binti Azhar lebih mesra dipanggil Sis athirah. Dia merupakan pensyarah universiti malaysia sarawak di fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Pertama kali perjumpaan kami dibuat di bilik mesyuarat yang terletak di fakulti fssk. Pada masa itu, kami telah menjawab beberapa soalan psikometrik yang telah diedarkan. Selepas selesai menjawab soalan tersebut sis athirah membuat sedikit perkongsian tentang dirinya dan pengalaman-pengalaman yang telah dia lalui sepanjang pengajiannya dahulu. Perkongsian yang telah dia kongsikan memberi semangat kepada kami terutamanya diri saya sendiri agar tidak berputus asa untuk mengejar masa depan yang baik. Pelbagai nasihat yang telah sis athirah beri kepada kami sepanjang perjumpaan tersebut.
Ini adalah gambar perjumpaan kedua yang dibuat secara berkumpulan. Ahli dalam satu kumpulan ialah seramai 10 orang iaitu Kj, Yok,Vero,Nabilla,Julia,Saidah,Stephanie,Rebecca,Rejina dan Anis.
Comments
Post a Comment