Biodata

Nama : Nurul Husna Binti Ali
Umur : 20 Tahun
Tarikh lahir : 9 mac 1999

Dalabiodata ini saya akan menceritakan latar belakang saya . Nama panggilan yang selalu diguna ialah Husna ataupun Olly.  Saya merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Saya berasal dari kampung sekaan besar matu sarawak. Saya berbangsa melanau. Dalam kehidupan seharian, saya banyak menggunakan bahasa melanau untuk berkomunikasi dengan orang tapi saya juga fasih menggunakan bahasa melayu sarawak. Selain daripada bahasa melayu sarawak saya dapat menguasai dan memahami bahasa lain seperti bahasa iban dan bahasa melanau lain seperti bahasa melanau belawai,mukah, dan rajang. 

Selain itu, hobi saya ialah bermain badminton dan memasak. Saya selalu pergi bermain badminton dengan kawan-kawan semasa masa lapang. Kadang-kadang saya juga mengikuti pertandingan badminton yang dianjur diperingkat daerah ,bahagian dan negeri. Pencapaian yang saya terima setakat ini ialah johan peringkat bahagian mukah pada tahun 2017. Di samping itu, saya pun pernah masuk pertandingan sempena hari koperasi di sekolah kami dan mendapat naib johan untuk pertandingan tersebut.

Akhir sekali, saya merupakan pelajar universiti malaysia sarawak(unimas) dan saya mengambil kos kajian khidmat sosial (FSSK). Kos ini berkait rapat dengan sukarelawan dan tentang kebajikan. Kos ini juga mempunyai banyak cabang pekerjaan yang berkaitan dengan kemasyarakatan

Comments