Final Project ❤️

Pada hari rabu yang lepas, 20 November 2019 kami telah memulakan projek kami untuk menceriakan kawasan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Kami telah menanam pelbagai jenis tanaman seperti daun kunyit, daun kesum, dan serai. Kami memilih untuk menanam jenis tanaman tersebut kerana tanaman tersebut susah didapati di dalam unimas. Tanaman tersebut boleh dijadikan ramuan untuk memasak. Hal ini dapat memudahkan mereka yang ingin mencari bahan tersbut di unimas. Sepanjang projek ini dijalankan semua ahli kumpulan memberi kerjasama yang sungguh baik. Kami membahagikan tugas masing-masing bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan proses penanaman. Banyak pengetahuan yang kami dapat sepanjang melakukan projek ini contohnya seperti cara menanam dengan betul, mengetahui jenis-jenis tanaman dan mengetahui jenis baja atau tanah yang digunakan. Akhir sekali, projek ini dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dalam kumpulan ini.

Comments