Memantau tapak projek

Memantau lokasi projek

Pada 16/10/2019 , Puan dayang telah mengarahkan kami untuk mencari lokasi yang sesuai untuk menjalankan projek menceriakan kawasan fakulti sains sosial dan kemanusiaan (UNIMAS). Setelah setengah jam mencari tempah yang sesuai kami dengan sebulat suara memilih kawasan lobi untuk dijadikan tempat projek softskill kami. Projek yang akan dijalankan ialah menanam sayuran dan bunga-bunga di kawasan lobi fssk. Objektif projek ini ialah untuk menceriakan fssk dengan menggunakan aspek flora. 

Gambar Lokasi projek yang telah dipilih


Selepas habis meninjau kawasan, kami balik ke kelas untuk berbincang membuat kertas kerja. Dalam perbincangan tersebut kami telah melantik Aidil sebagai ketua projek ini. Selepas itu kami telah membahagikan setiap orang mengikut ajk-ajk yang dipilih seperti ajk makanan, ajk peralatan,ajk publisiti,ajk keselamatan dan sebagainya. Hal ini untuk memudahkan kerja-kerja yang akan dilakukan sepanjang projek ini dilaksanakan.





Comments