Pada 6/11/2019 satu taklimat telah diadakan untuk menjelaskan tentang sistem-sistem di dalam cais. Cais merupakan sebuah perpustakaan yang ada dalam Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS). Sesi taklimat ini bermula pada pukol 3 petang hingga 4 petang. Dari taklimat tersebut kami dapat mengetahui cara-cara untuk mencari buku didalam cais menggunakan laman web cais. Tempahan buku boleh dibuat secara atas talian dan pihak cais akan menelefon jika buku yang ditempah sudah dikembalikan untuk diberi kepada pemijam seterusnya. Selain itu,pihak cais memberitahu bahawa cais mempunyai beberapa kemudahan untuk pelajar unimas, contohnya seperti bilik komputer, bilik belajar 24jam , bilik mesyuarat dan sebagainya. Walaubagaimanapun ada peraturan yang pelajar perlu ikut seperti tidak membawa makanan dan air selain air putih ke dalam cais, jangan membuat bising dan jangan menghilangkan buku yang telah dipinjam. Jika buku yang dipinjam hilang peminjam tersebut akan dikenakan denda untuk membayar buku tersebut 2 kali ganda dari harga asal.
Banyak pengetahuan yang kami dapat melalui taklimat tersebut. Menurut saya, sistem-sistem yang telah diperkenalkan oleh cais sangar canggih dan memudahkan kegiatan seseorang pelajar mencari mana-mana maklumat atau rujukan yang diperlukan untuk kerja khusus.
Comments
Post a Comment